Thursday, January 14, 2010

XPDC JELAJAH JOHOR PDRM BERSAMA JOHOR BIKERS

SEBANYAK 150 BUAH MOTOSIKAL BESAR UNIT TRAFIK BERSAMA-SAMA DENGAN AHLI JOHOR BIKERS BERKONVOI SELAMA 2 HARI BERMULA 16 JANUARI HINGGA 17 JANUARI.
KONVOI BERMULA DI JOHOR BAHRU DAN SINGGAH DI BEBERAPA BUAH DAERAH DI SELURUH JOHOR ANTARANYA KOTA TINGGI,KLUANG, SEGAMAT, MUAR, BATU PAHAT DAN PONTIAN.



INI MERUPAKAN PROGRAM MESRA RAKYAT ANTARA PDRM DAN JOHOR BIKERS, ANTARA MATLAMAT PROGRAM INI ADALAH UNTUK MENDEKATKAN UNIT PDRM DENGAN RAKYAT LEBIH-LEBIH LAGI DENGAN AKTIVITI SUKAN RAKYAT YANG DIANJURKAN.



DISAMPING ITU KONVOI INI JUGA BERMATLAMAT UNTUK MENYEMAI SIFAT MENGHORMATI UNDANG-UNDANG JALAN RAYA DI KALANGAN ORANG RAMAI.
MELALUI KONVOI INI JUGA JOHOR BIKERS MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUTIP SUMBANGAN ORANG RAMAI UNTUK MENGISI TABUNG "DAKU SAYANG DAKU CINTA" IAITU TABUNG UNTUK MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG.





PADA HARI PERTAMA KONVOI SINGGAH DI FELDA AIR HITAM UNTUK MAKAN TENGAH HARI. SAMBUTAN MERUPAKAN USAHASAMA ANTARA KELAB BELIA KESNIK, KELAB DESPERADO, KELAB EASY BIKERS JOHOR BIKERS, BELIA 4B FELDA AIR HITAM DAN BELIA 4B SIMPANG RENGGAM. MAJLIS DISERIKAN DENGAN PERMAIN BOLING KELAPA DAN TEKA GULA-GULA.





DIHARAPKAN PROGRAM PEMBUKA TIRAI 2010 INI DAPAT DITERUSKAN DI MASA HADAPAN. DAN JUTAAN UCAPAN TERIMA KASIH DIBERIKAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG.

Wednesday, January 6, 2010

imbasan2009- PROGRAM JALINAN KASIH RAMADHAN

program ini dirasmikan oleh YB. Haji Md. Jais Bin Sarday, Ketua UMNO Bahagian Kluang merangkap EXCO Penerangan Belia dan Sukan Negeri Johor. Progran ini di anjurkan oleh Majlis Belia Kluang bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kluang bertempat di Surau Padang Tembak Kluang.


Monday, January 4, 2010

JANGAN KE SANA!!!

Ada khabar angin mengatakan kak suraya atau lebih glamor dengan nama kak sue akan berpindah ke sebuah negeri bersejarah???
betul atau tidak khabar ini tidak dapat dipastikan lagi... tapi andai kata khabar ini suatu kenyataan maka akan kuranglah seri KESNIK lepas ni... kak sue dah lama bersama KESNIK dan sudah banyak pahit, manis, masam dan pedas yang dikongsi..
Diharapkan kak s
ue masih lagi kekal di Kluang dan kekal bersama KESNIK...


a