Thursday, December 2, 2010

Rakan Muda Wawasan Desa IPT Zon Selatan 2010

Program Rakan Muda Wawasan desa IPT Zon Selatan 2010 telah diadakan pada 8 hingga 10 October. Seramai 120 orang peserta daripada 7 IPTA telah mengambil bahagian. Kelab Belia Kesnik telah berkerjasama untuk mengendalikan bahagian sukaneka yang telah diadakan pada 10 oktober di padang SRJKC SRI LALANG.



KESNIK DALAM AKHBAR!!!!!!






Beraya di Rumah Yb. Md. Jais Sarday!

Kelab Belia Kesnik bersama-sama dengan Kluang Bikerz dan Kelab Motor LC KOM135 Kluang telah ke Rumah Terbuka Aidilfiri ADUN Mahkota, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor Yb. Md. Jais Sarday.

Konvoi Kelab Belia Kesnik terdiri daripada 78 motosikal yang terdiri motorsikal berkuasa besar dan juga motor biasa dan juga wartawan Sinar Harian. 

Bagi memeriahkan suasana rumah terbuka tersebut ahli konvoi dengan sukarelanya bermarhaban pada majlis tersebut. yang lebih manis peristiwa tersebut telah dimuatkan di dalam akhbar Sinar Harian edisi Johor.



MerdekaRaya@KluangMall

Pada 28 hingga 29 Ogos 2010 bertempat di Ruang Legar Kluang Mall telah berlangsung program Merdekaraya@KluangMall 2010.
Program diserikan dengan pelbagai pertandingan yang menarik dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada para peserta.

Pada 28 Ogos, Sabtu telah diadakan Pertandingan Marhaban Sekolah-Sekolah Agama Daerah Kluang dan sebanyak 14 buah pasukan telah mengambil bahagian. dengan penyertaan yang mengalakan dan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah-sekolah agama daerah kluang diharapkan pertandingan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Pada 29 Ogos, Ahad pula telah diadakan pertandingan menganyam ketupat dan pertandingan karaoke lagu raya dan lagu patriotik. Pertandingan karaoke telah berjaya menarik seramai 24 orang peserta dewasa dan 10 orang peserta kanak-kanak. Pelbagai bakat terpendam dan aksi yang menarik dipamerkan sepanjang pertandingan berlangsung.

Sepanjang 2 hari program telah juga berlansung lelongan barangan artis yang telah mendapat kerjasama daripadaPersatuan Pengguna Islam Malaysia.

Jutaan terima kasih diucapkan daripada semua pihak yang telibat menjayakan program ini.