Wednesday, June 8, 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA dan PRA PELANCARAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA Peringkat NEGERI JOHOR 2011

TARIKH : 1 APRIL - 10 APRIL 2011
TEMPAT : DATARAN PERSIARAN DATO' ISMAIL HASSAN, KLUANG

Kelab Belia KESNIK dengan kerjasama MYISIS.net dan  LK7 Marketing telah mengadakan program HIMPUNAN SEJUTA BELIA dan PRA PELANCARAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA Peringkat NEGERI JOHOR 2011. Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan program Himpunan Sejuta Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang akan diadakan di Putrajaya pada bulan Mei.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB MD JAIS BIN SARDAY, EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR.
Perlbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang 10 hari antaranya Pertandingan Ping Pong 4 sebelah antara belia, Pendaftaran Program tatih seni, Motokhana, Pertandingan Mewarna Berkeluarga, Konvoi Kelab Kereta Prosboc dan juga pertandingan karaoke. Karnival juga diserikan dengan  Persembahan artis tempatan sepanjang malam karnival.
 Kemuncak carnival ini telah dikejutkan dengan program KLUANG BIKE DAY yang telah mendapat sambutan yang hangat daripada penunggang-penunggang motosikal pelbagai cc daripada seluruh negara. Program ini juga dihadiri oleh Cik Maznah Zolkifli yang merupakan Ikon Belia Negara.