Monday, May 30, 2011

222 orang muda di Parlimen Belia


Najib Tun Razak berucap di hadapan lautan belia pada Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, semalam. Program tersebut berakhir hari ini. – MINGGUAN/Zaki Amiruddin



PUTRAJAYA 28 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam inisiatif yang membawa manfaat kepada orang muda termasuk penubuhan Parlimen Belia yang memberi peluang kepada belia untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan.
Perdana Menteri berkata, melalui inisiatif tersebut, belia berpeluang untuk memilih wakil mereka yang seterusnya akan membahas usul serta memberi cadangan kepada kerajaan.
‘‘Kerajaan seterusnya akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan berkenaan.
‘‘Kita akan tentukan syarat untuk Parlimen Belia seperti menetapkan had umur, mungkin umur perlu di bawah 40 tahun atau 30 tahun,” katanya ketika berucap pada Himpunan Sejuta Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin belia dari seluruh negara.
Selain Parlimen Belia, Najib turut mengumumkan lima inisiatif lain yang menguntungkan belia seperti berikut:
* Mewujudkan Taman Belia di Putrajaya bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti orang muda seperti perkhemahan.
* Memperkenalkan portal belia yang memaparkan maklumat aktiviti belia di negara ini.
* Memperkenalkan program Ikon Belia untuk mengenal pasti idola yang boleh menjadi role model kepada kumpulan belia.
* Memperkenalkan My Corps untuk menggalakkan dan memupuk semangat kesukarelaan di kalangan belia.
* Melaksanakan program The Leader yang berkonsepkan mentor-mentee dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, industri, aktiviti sosial, kreatif dan kerjaya demi kebaikan belia.

Kerajaan akan wujudkan Parlimen belia - Najib

PUTRAJAYA 28 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini.
Perdana Menteri berkata, wakil pemimpin belia dalam Parlimen tersebut terdiri daripada mereka yang dipilih oleh golongan belia itu sendiri.
"Syarat umur (wakil belia dalam Parlimen itu) mungkin bawah 40 tahun,” katanya ketika merasmikan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa menteri Kabinet.
"Para belia (boleh) memilih wakil mereka, boleh membahas usul-usul, boleh membuat cadangan dan kerajaan akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan-cadangan itu,” kata Najib. - Bernama

28/05/2011 8:56pm

Sunday, May 29, 2011

TPM kagum semangat kesukarelawanan belia

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kagumnya de-ngan semangat kesukarelawanan ditunjukkan golongan belia negara ini bagi menjayakan program Himpunan Sejuta Belia 2011 di sini yang bermula kelmarin sehingga hari ini. 

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, menyifatkan sikap ditunjukkan golongan belia itu sebagai pencapaian yang boleh dibanggakan. 

“Paling istimewa, semangat kesukarelawanan. Saya dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mereka datang sendiri, mereka tidak disediakan apa-apa logistik. Mereka buat khemah sendiri cari tempat, menguruskan pasukan sendiri, bia-sanya kita kena menanggung dengan perbelanjaan besar,” katanya. 

Muhyiddin juga gembira kerana sambutan itu menyasarkan menghimpunkan sejuta belia di Putrajaya berjaya dicapai dalam tempoh dua hari walaupun berakhir hari ini. 

Menurutnya, sambutan itu akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan ia menjadi daya tarikan utama kepada golongan belia yang menyediakan ruang untuk mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bidang diminati termasuk sukan, muzik dan kerjaya. 

Selain itu, beliau turut melawat tapak MAHA Youth. - Bernama

Thursday, May 19, 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA - PUTRAJAYA 2011

Perutusan Perdana Menteri Sempena Hari Belia Negara 2011

ASET NEGARA

KLUANG - Belia memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju masa depan negara. 

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Md Jais Sarday berkata, penganjuran Karnival Rakan Muda dan Jom Centre amat bermanfaat kerana melibatkan golongan muda untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang ia berlangsung. 

“Penglibatan belia sangat dialu-alukan kerana dengan penganjuran program seumpama ini kita dapat melahirkan generasi muda yang aktif dan berdaya saing kerana mereka adalah aset penting yang tidak ternilai harganya. 

“Dalam membangunkan modal insan, generasi muda perlu dididik dan dibimbing ke arah kecemerlangan kehidupan di dunia dan di akhirat,” katanya pada :ucapan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Rakan Muda dan Jom Centre di Dataran Persiaran Ismail Haji Hassan. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga memainkan peranan dan prihatin dalam pembangunan Rakan Muda serta memberikan peruntukan setiap tahun untuk melaksanakan aktiviti persatuan ini di bawah Gaya Hidup Rakan Muda. 

“Dalam era globalisasi, remaja khususnya golongan Rakan Muda seharusnya mencipta situasi baru dan bukan sekadar meneruskan agenda sedia ada tanpa sebarang pembaharuan. 

“Rakyat Malaysia dan kerajaan meletakkan harapan tinggi kepada generasi belia dalam memantapkan pembangunan selaras dengan misi negara dalam menuju ke arah Wawasan 2020. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang komited memberi kepercayaan dan penghormatan serta prihatin terhadap pembangunan remaja dan sedia memberikan peruntukan kewangan bagi menjayakan karnival seumpama ini,” katanya. 

Karnival yang melibatkan semua daerah di negeri ini dengan Kluang menjadi tuan rumah adalah sempena sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri pada 15 Mei, lalu.

sumber : SINAR HARIAN EDISI JOHOR (20 MEI 2010)

KLUANG BIKERZ FAMILY DAY

TARIKH : 23 & 24 APRIL 2011
TEMPAT : TELUK GOREK, MERSING



laporan akhbar - KLUANG BIKE DAY

KARNIVAL GAYA HIDUP RAKAN MUDA & JOM CENTRE

TARIKH : 19-21 NOVEMBER 2011
TEMPAT : DATARAN PERSIARAN HJ ISMAIL HASSAN,KLUANG