Sunday, May 29, 2011

TPM kagum semangat kesukarelawanan belia

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kagumnya de-ngan semangat kesukarelawanan ditunjukkan golongan belia negara ini bagi menjayakan program Himpunan Sejuta Belia 2011 di sini yang bermula kelmarin sehingga hari ini. 

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, menyifatkan sikap ditunjukkan golongan belia itu sebagai pencapaian yang boleh dibanggakan. 

“Paling istimewa, semangat kesukarelawanan. Saya dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mereka datang sendiri, mereka tidak disediakan apa-apa logistik. Mereka buat khemah sendiri cari tempat, menguruskan pasukan sendiri, bia-sanya kita kena menanggung dengan perbelanjaan besar,” katanya. 

Muhyiddin juga gembira kerana sambutan itu menyasarkan menghimpunkan sejuta belia di Putrajaya berjaya dicapai dalam tempoh dua hari walaupun berakhir hari ini. 

Menurutnya, sambutan itu akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan ia menjadi daya tarikan utama kepada golongan belia yang menyediakan ruang untuk mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bidang diminati termasuk sukan, muzik dan kerjaya. 

Selain itu, beliau turut melawat tapak MAHA Youth. - Bernama

No comments:

Post a Comment