Kelab Belia Kesnik bersama-sama dengan Kluang Bikerz dan Kelab Motor LC KOM135 Kluang telah ke Rumah Terbuka Aidilfiri ADUN Mahkota, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor Yb. Md. Jais Sarday.
Konvoi Kelab Belia Kesnik terdiri daripada 78 motosikal yang terdiri motorsikal berkuasa besar dan juga motor biasa dan juga wartawan Sinar Harian.
Bagi memeriahkan suasana rumah terbuka tersebut ahli konvoi dengan sukarelanya bermarhaban pada majlis tersebut. yang lebih manis peristiwa tersebut telah dimuatkan di dalam akhbar Sinar Harian edisi Johor.
No comments:
Post a Comment