Monday, October 1, 2012

Bajet 2013 : Belia tidak dilupakan



Tema Belanjawan 2013 "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah janji Ditepati"


  • Bagi belia yang berumur 21 sehingga 30 tahun yang berpendapatan RM3000 ke bawah layak mendapat rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G. 
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 berjumlah RM250 turut memberi kelayakan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM2000.
  • Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar universiti ditambah dari RM200 kepada RM250 manakala bantuan kewangan persekolahan berjumlah RM100 pula diperuntukan kepada pelajar tahun satu sehinggan tingakatan lima.
  • Peminjam PTPTN turut mendapat diskaun 20% sekiranya dapat membayar hutang pinjaman sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi peminjam PTPTN yang membayar secara konsisten bermula 1 Oktober 2012 pula, akan mendapat diskaun sebanyak 10%. 
  • New Enterpreneur Foundation (NEF) akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak 50 juta ringgit bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan.
  • Young Entrepreneur Fund dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit yang akan disediakan oleh SME Bank. Dana pinjaman mudah ini bagi usahawan belia berumur 30 tahun ke bawah dengan subsidi kadar faedah pinjaman sebanyak 2 peratus dan had maksimum pinjaman sebanyak 100 ribu ringgit serta tempoh bayaran balik selama 7 tahun.
  • Pertandingan Lautan Biru 1Malaysia For Youth atau 1M4U sebagai platform mempersembahkan inovasi menerusi pertandingan di peringkat tempatan, negeri dan kebangsaan.
  • Y-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara disamping menganjurkan Festival Belia Putrajaya yang merupakan perhimpunan belia terbesar negara bersempena dengan perisytiharan tahun 2013 sebagai tahun kesukarelaan nasional.

No comments:

Post a Comment