Sunday, June 6, 2010

MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel

KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab rejim Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan baru-baru ini.

Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tindakan tersebut terlalu zalim dan di luar norma-norma kemanusiaan sejagat.

"Kejadian ini jelas menunjukkan sikap sebenar dan kerakusan Israel yang tidak pernah mengendahkan serta menghormati undang-undang antarabangsa.

"Sehubungan itu, MBM mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera campur tangan dalam isu ini dengan membuat ketetapan terhadap Israel di peringkat Majlis Keselamatan PBB," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perhimpunan agung tahunan MBM kali ke-59 di sini malam ini.

esyuarat yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri oleh 500 perwakilan daripada 39 badan gabungan.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengajak para belia kembali menghayati Perlembagaan negara selain menguatkan belia dari akar umbi.

Pekara lain yang turut dibincangkan adalah cara menangani isu dan masalah belia dan membina jaringan dengan menjaga hubungan baik di antara belia dengan pihak lain seperti pertubuhan bukan kerjaan (NGO) dan pihak kerajaan.

No comments:

Post a Comment