Thursday, December 2, 2010

Rakan Muda Wawasan Desa IPT Zon Selatan 2010

Program Rakan Muda Wawasan desa IPT Zon Selatan 2010 telah diadakan pada 8 hingga 10 October. Seramai 120 orang peserta daripada 7 IPTA telah mengambil bahagian. Kelab Belia Kesnik telah berkerjasama untuk mengendalikan bahagian sukaneka yang telah diadakan pada 10 oktober di padang SRJKC SRI LALANG.



KESNIK DALAM AKHBAR!!!!!!






Beraya di Rumah Yb. Md. Jais Sarday!

Kelab Belia Kesnik bersama-sama dengan Kluang Bikerz dan Kelab Motor LC KOM135 Kluang telah ke Rumah Terbuka Aidilfiri ADUN Mahkota, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor Yb. Md. Jais Sarday.

Konvoi Kelab Belia Kesnik terdiri daripada 78 motosikal yang terdiri motorsikal berkuasa besar dan juga motor biasa dan juga wartawan Sinar Harian. 

Bagi memeriahkan suasana rumah terbuka tersebut ahli konvoi dengan sukarelanya bermarhaban pada majlis tersebut. yang lebih manis peristiwa tersebut telah dimuatkan di dalam akhbar Sinar Harian edisi Johor.



MerdekaRaya@KluangMall

Pada 28 hingga 29 Ogos 2010 bertempat di Ruang Legar Kluang Mall telah berlangsung program Merdekaraya@KluangMall 2010.
Program diserikan dengan pelbagai pertandingan yang menarik dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada para peserta.

Pada 28 Ogos, Sabtu telah diadakan Pertandingan Marhaban Sekolah-Sekolah Agama Daerah Kluang dan sebanyak 14 buah pasukan telah mengambil bahagian. dengan penyertaan yang mengalakan dan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah-sekolah agama daerah kluang diharapkan pertandingan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Pada 29 Ogos, Ahad pula telah diadakan pertandingan menganyam ketupat dan pertandingan karaoke lagu raya dan lagu patriotik. Pertandingan karaoke telah berjaya menarik seramai 24 orang peserta dewasa dan 10 orang peserta kanak-kanak. Pelbagai bakat terpendam dan aksi yang menarik dipamerkan sepanjang pertandingan berlangsung.

Sepanjang 2 hari program telah juga berlansung lelongan barangan artis yang telah mendapat kerjasama daripadaPersatuan Pengguna Islam Malaysia.

Jutaan terima kasih diucapkan daripada semua pihak yang telibat menjayakan program ini.



Wednesday, August 25, 2010

MerdekaRaya@KluangMall



ATURCARA PROGRAM

27 OGOS 2010 (JUMAAT)

3.00 – 6.00 ptg  -  Pendaftran Peserta

28 Ogos 2010 (SABTU)

10.00 pg  -  Lapor Diri Peserta Pertandingan/Program

11.00 pg  -  Demontrasi Program Tatihsenitari Merdekaraya

2.00 ptg  -  Pertandingan Marhaban Antara Sekolah
                  Kuiz Merdekaraya Kluang Mall 2010

4.00 ptg  -   Acara Lelongan Barangan Artis Untuk PPIM

6.00 ptg  -   Keputusan Acara Marhaban Dan Penyampaian Hadiah

29 Ogos 2010 (AHAD)

10.00 pg  -  Lapor Diri Peserta Pertandingan/Program Tatihsenitari

10.30 pg  -  Pertandingan Karaoke Lagu Raya dan lagu Patriotik
                  Program Tatihsenitari Merdekaraya
                  Pertandingan Anyaman Ketupat

2.00 ptg  -   Pertandingan Akhir Karaoke Lagu Raya 
                  dan lagu Patriotik
                                   
4.00 ptg  -    Acara Lelongan Barangan Artis Untuk PPIM

5.00 ptg  -    Majlis Penyampaian Hadiah

6.30 ptg  -    Majlis Dijangka Tamat    

Monday, August 9, 2010

Persiapan Ramadan

MARHABAN ya Ramadan - Selamat datang Ramadan diucapkan untuk bulan yang suci serta mengharapkan agar jiwa raga kita serta keluarga dan anak-anak dan umat Muslim seluruhnya diasah dan diasuh bagi melanjutkan perjalanan menuju Allah SWT. Kita perlu mempersiapkan bekal bagi tujuan menyelusuri jalan itu.
Tahukah saudara apakah bekal itu? Benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa keluarga Muslim seluruhnya. Tekad kita yang membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama, bangsa dan negara.

Sebagai keluarga Muslim kita seharusnya gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan dan menghadapi dengan dada yang sangat lega; dengan jiwa yang tenang, dengan hati yang tenteram. Bagi orang Islam yang beriman mereka menerima kehadiran bulan yang barakah ini dengan penuh kegembiraan. Ini kerana pengembaraan Ramadan yang begitu lama sudah kembali semula menemui kita.
Sesungguhnya Allah mewajibkan puasa adalah untuk membersihkan jiwa dari sifat-sifat yang hina dan menghiasinya dengan sifat-sifat yang mulia serta menjauhkannya daripada setiap sifat yang tercela. Kita dianjurkan banyak bersabar dan berjihad melawan hawa nafsu. Dengan puasa juga iman seseorang Muslim akan bertambah kuat dan bersih.
Ramadan menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran untuk keluarga Muslim yang beriman. Sebab itu juga bulan ini dikenali sebagai bulan ibadah. Iaitu bulan di mana orang-orang yang beriman berebut-rebut mengerjakan amalan soleh.

Orang-orang yang beriman sahaja yang tahu menghargai Ramadan. Sebab itu mereka mempertingkatkan amalan baik seperti bersedekah, terawih, qiamullail, membaca al-Quran, berzikir dan bermacam-macam amalan baik yang lain pada bulan yang mulia.

Banyak kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadan dibandingkan dengan bulan-bulan lain dalam Islam. Kitab suci al-Quran yang menjadi panduan hidup kita diturunkan di dalam bulan mulia ini. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang berbunyi: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. (al-Qadr: 1)
Umat Islam harus menghayati keagungan bulan Ramadan ini. Bulan di mana Allah telah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Ini adalah bulan kembali dan taubat, bulan pengampunan dan rahmat, bulan kebebasan dari api neraka dan kemenangan berupa syurga.

Menghadapi bulan Ramadan memerlukan persiapan mental dan spiritual khususnya dari segi semangat dan ketahanan. Ini sangat penting untuk mendapatkan hasil yang maksimum daripada kegiatan puasa itu.
Ada sesetengah orang bersiap sedia dari segi mental tetapi tidak mempunyai nawaitu (niat). Manakala sesetengahnya sempurna dari segi niat tetapi tidak pula mempunyai semangat dan ketahanan dalam menghadapi puasa di bulan Ramadan.

Kurang daripada segi penghayatan atau pendidikan Ramadan barangkali menjadikan sesetengah orang tidak bersemangat. Kalau bersemangat pun tidak tahan lama, bersifat sementara dan 'hangat-hangat tahi ayam'.
Sebab itu, orang yang berpuasa tanpa persiapan mental dianggap sia-sia seperti sabda Nabi yang bermaksud: "Betapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapatkan sesuatu dari puasa itu selain lapar dan dahaga."
Dalam setahun di mana terdapat 12 bulan hanya ada satu bulan Ramadan. Ia tidak sampai 10 peratus. Tetapi dengan melihat nilai kualitatif dan kepadatan ibadah yang ada di dalamnya, maka bulan Ramadan menjadi sangat signifikan jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan sebelas bulan lainnya. Justeru, alangkah naifnya kalau kita menghadapinya secara biasa-biasa sahaja, lesu dan tidak bersemangat.

Mari kita persiapkan diri serta keluarga dan bersiap sedialah lebih awal untuk ke masjid. Jangan ambil mudah dengan mengatakan bahawa solat berjemaah dan solat terawih hukumnya cuma sunat.
Demikian juga solat Subuh, usahakan untuk bersedia sebelum waktu Imsak, pastikan semua urusan dapur sudah selesai. Lebih penting segala-galanya perlu siap sebelum azan dan kita sudah berada di masjid. Anda sudah tentu tidak kehilangan kesempatan untuk solat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib - yang nilainya lebih mulia daripada dunia berserta isinya.

Puasa juga mendidik kita untuk belajar bangun awal. Sesetengah daripada kita menganggap kerana hukumnya sunat maka sahur ditinggalkan. Kalau kita sudah biasakan diri untuk bangun lebih cepat selama sebulan Ramadan maka ini bererti kita sebenarnya sudah mampu untuk melakukannya di luar bulan Ramadan. Di mana lagi kita dapat miliki peluang seperti itu kalau tidak di bulan Ramadan selama sebulan terus-menerus.
Persiapan kita bukan sekadar menghadapi lapar dan dahaga tetapi bersedia untuk memahami dan menghayati makna-makna falsafah yang terdapat di dalamnya.

Tidak tahan mengantuk juga menjadi masalah besar di kalangan orang kita pada bulan Ramadan. Memang ada hadis yang menyatakan bahawa tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah. Tetapi itu bukan perintah untuk memperbanyakkan tidur di bulan Ramadan. Tidak ada contoh daripada Nabi, sahabat dan orang-orang soleh mengenai hal ini. Malah Nabi mengurangi tidurnya pada malam-malam bulan Ramadan hingga batas yang paling minimum. Mereka banyak membaca al-Quran, zikir dan sembahyang.

Sepintas lalu amalan-amalan seperti ini amat berat tetapi ia bukan terletak pada sesuatu amalan melainkan pada cara kita memikirkan amalan itu. Kalau kita memikirkan sesuatu itu berat maka ia dengan sendirinya menjadi berat, tetapi kalau kita memikirkannya mudah maka dengan sendirinya ia akan mudah.
Di samping persiapan dari segi spiritual, ingatlah Ramadan adalah bulan maghfirah(pengampunan) dan rahmah (kasih sayang). Persiapan dari segi rohani diperlukan untuk membetulkan niat, membersihkan hati, membangun tekad dan bersiap untuk menerima bimbingan serta petunjuk Allah SWT.

Sebaik-baiknya sebelum puasa tiba, sesuaikanlah diri dengan amalan seperti solat wajib kerana sesetengah orang berpuasa tetapi tidak melaksanakan solat. Kemudian hidupkan solat-solat rawatib, sembahyang tahajud, berpuasa setiap Isnin dan Khamis, perbanyakkan sedekah, zikir, baca al-Quran, berdoa, dan hindari dosa-dosa kecil.
Sesungguhnya graf puasa nabi dan sahabat-sahabat meningkat berterusan sejak puasa pertama hingga hari puasa terakhir. Dan graf itu mengalami peningkatan yang amat tajam pada saat-saat akhir bulan Ramadan.
Tetapi bukan sedikit di antara kita yang grafnya terbalik. Semakin menjelang Ramadan, semakin banyak masa dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan sama sekali dengan kesucian bulan Ramadan.

Monday, August 2, 2010

KARNIVAL IMPAK DI HATI & ICT



ANJURAN :   BELIA 4B CAWANGAN FELDA AYER HITAM
DENGAN KERJASAMA:  KELAB BELIA KESNIK/IBK GROUP

TARIKH : 6, 7 & 8 OGOS 2010
TEMPAT : FELDA AIR HITAM, KLUANG JOHOR

JUMAAT

8.30 am  – 9.30   am   :    - Pendaftaran kursus komputer
9.00 am  – 11.00 am   :    - Kursus komputer 1 (golongan dewasa)
10.00 am – 2.00 pm    :    - Pendaftaran tapak perniagaan
  3.30 pm – 5.00 pm    :    - Pertandingan mewarna bawah 6 tahun (tadika)
  6.00 pm – 7.00 pm    :    - Penyampaian hadiah
  7.00 om – 8.50 pm    :    - Solat magrib
                                           - Bacaan Yasin dan Tahlil
                                           - Perasmian Karnival Impak Di Hati
                                             oleh Pengerusi Belia 4B Negeri Johor
                                           - Ceramah Perdana
11.00 pm                           - Bersurai

SABTU                           

  8.30 am – 9.00 am    :    - Pendaftaran Pertandingan Sepak Takraw ( Terbuka)
                                           - Pendaftaran Pertandiangan Street Soccer (Terbuka)
  9.00 am – 11.00 am       :     - Kursus komputer 2 (golongan kanak-kanak)
10.00 am – 12.00 pm  :   - Program GPW (Pertandingan lipatan/gubahan/masakan)
11.30 pm – 1.30 pm     :   - Kursus komputer 3 (golongan belia)
  2.30  pm – 4.30 pm        :     - Perasmian Pusat Jalur Lebar
  3.00 pm – 6.30 pm    :   - Sukan KEMAS
                                           - Sukan Rakyat (Tertutup)
  6.30 pm – 7.00 pm    :   - Penyampaian Hadiah
  8.00 pm – 9.00 pm    :   - Reunion Belia 4B Felda Ayer Hitam (Bling2)
  9.00 pm – 11.00 pm :    - Kugiran Band
11.00pm                         :  - Bersurai

AHAD

  8.30 am – 9.30 am    :    - Pendaftaran Bola Jaring (terbuka)
10.00 am – 11.00am   :    - Pendaftaran Motorshow (terbuka)
                                           - Pendaftaran Dam Ular Gergasi
                                           - Pendaftaran Karaoke (terbuka)
  2.30 pm – 4.30 pm    :    - Kehadiran VIP & Kelab Motor
                                           - Pertunjukkan dari Belia 1 Malaysia
                                           - Pertunjukkan dari Fasilitator Schoolnet
                                           - Karaoke
  5.00 pm – 6.00 pm    :    - Penyampain Hadiah
  9.00 pm – 11.00 pm  :    - Pertandingan Karaoke
                                           - Pertandingan Ratu Kebaya
11.00 pm – 11.30pm  :    - Penutup & Penyampaian Hadiah
11.30pm                       :    - Bersurai


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
FAIZAL : 0127805910
USUP : 0127327441
AJIB : 0147766919

Tuesday, July 20, 2010

Ride For Gaza 17 - 18 Julai 2010

Atas sifat kemanusian dan persaudaraan sesama Islam, Ride 4 Gaza diilhamkan. Konvoi ini bertujuan untuk membuktikan keperihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan yang dilalui oleh penduduk Gaza.Konvoi bermula pada jam 7.30 pagi 17 Julai 2010 di hadapan Kluang Mall.









Thursday, July 15, 2010

BATTLE OF THE FLOOR...

Pada 10 Julai 2010 yang lalu bertempat di Kluang Mall, Battle Of The Floor, Street Dance Competition telah berjaya dilaksanakan. Program ini adalah anjuran bersama Kelab Belia KESNIK dan Kluang Mall dengan kerjasama Puteri UMNO, Pemuda UMNO, Pejabat Daerah Kluang, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kluang.

Perasmian penutup disempurnakan oleh En. Razali Bin Md Noh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang, diiringi oleh Encik Ty Ah Kau, Pengarah Urusan Kluang Mall dan Encik Ismahuddin Bin Khalid, Pengerusi Kelab Belia Kesnik.


Pertandingan mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada segi penyertaan dan juga sambutan penonton. Pertandingan pada hari itu juga diselitkan dengan pertandingan mewarna kanak - kanak yang bertempat di Laksa Shack. Selain itu juga pertandingan mendapat kunjungan daripada bikers yang terdiri daripada Soul Bikerz Melaka, Southern Dragon Motor Club, Desperado Motor Club dan Kluang Bikers.

Pertandingan juga diserikan dengan persembahan daripada artis jemputan iaitu Noraniza Bte Haji Idris.Ratu Pop Etnik Malaysia, Pengasas Akademi Tatihseni dan Ketua Eksekutif Noraniza Idris Production Ventures (NIPV) Sdn. Bhd.







Friday, June 25, 2010

BATTLE ON THE FLOOR


Pada 10 julai 2010 ini Kelab Belia KESNIK akan mengadakan pertandingan tarian jalanan

BATTLE ON THE FLOOR

Pertandingan ini merupakan dengan kerjasama pihak pengurusan Kluang Mall.
Pertandingan terbuka kepada semua warganegara yang berumur bawah 25 tahun.
Kepada yang berminat borang penyertaan boleh didapati di kaunter pertanyaan di Kluang Mall.

sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

ismahuddin : 017-7767558
zulkefli : 016-7267189
nurul : 012-7393909

Monday, June 7, 2010

TIP MAGNET DIRI: MENJADI INDIVIDU BERPENGARUH BUKAN SEPERTI MEE MAGGI

Belajar Hari Ini untuk Memimpin Hari Esok

Mencipta diri lebih berpengaruh adalah satu proses. Daya pengaruh dibentuk secara harian, bukan dalam sehari. Itulah realiti kepada prinsip proses. Rahsia kepada kehidupan yang berjaya bagi seseorang adalah sentiasa bersedia menghadapi kehidupan akan datang. Apabila seseorang itu tekun, konsisten dan berdisiplin berada di dalam proses, maka secara tidak langsung seseorang itu sedang membuat persediaan.

David Beckham sentiasa tekun, konsisten dan berdisiplin berlatih melakukan tendangan percuma setiap hari. Ini membuatkan David Beckham sentiasa bersedia mengambil tendangan percuma setiap kali perlawanan bola. Nicole Ann David sentiasa tekun, konsisten dan berdisiplin berlatih tujuh jam sehari membuatkan beliau sentiasa bersedia menghadapi perlawanan bertaraf dunia.

Berita baik mengenai daya pengaruh adalah ia bukan keupayaan yang statik. Tidak kira bila saudara bermula, sekiranya saudara terus belajar maka saudara mampu menjadi baik dan lebih baik.

Bertarung untuk ke Puncak

Ada satu pepatah Inggeris menyatakan, ”Seorang jaguh tidak dilahirkan terus dari gelanggang, amat jarang sekali mereka dilahirkan di sana.” Dalam erti kata lain, jika saudara ingin tahu di mana tempat yang membentuk dan memproses seorang jaguh, perhatikan rutin hidup mereka. Jaguh dan legenda tinju, Joe Frazier berkata,

”Saudara boleh merancang pelan perlawanan tinju atau pelan kehidupan. Tetapi apabila tiba masa beraksi, saudara bergantung kepada refleksi saudara. Ketika itulah gerak kerja dan latihan saudara menunjukkan hasil. Jika saudara menipu ketika dalam gelap, saudara pasti sesat walaupun di waktu pagi.”

Kata-kata Joe Frazier dapat menjadi satu analogi yang baik bagi proses membentuk daya pengaruh kerana ia melibatkan persediaan harian. Setiap orang mempunyai potensi, mereka perlu belajar dan bersedia untuk benar-benar berjaya di puncak.

Tiada Kejayaan Sekelip Mata

Bagi orang Islam, Nabi Muhammad adalah individu agung yang menjadi contoh teladan. Malah pemikir barat juga mengakui Nabi Muhammad adalah individu paling berpengaruh di dunia. Hart di dalam bukunya ’100 Most Influential Persons in History’ meletakkan Nabi Muhammad di tangga pertama dalam senarai 100 individu paling berpengaruh di dunia. Namun Nabi Muhammad tidak mencapai kejayaan itu dalam sekelip mata. Beliau melalui proses belajar sebelum menuju puncak kejayaan kepimpinannya.

Proses belajar bermula dengan beliau menjadi anak yatim apabila dilahirkan. Bapa beliau, Abdullah bin Abu Talib meninggal dunia ketika beliau dilahirkan. Tidak lama selepas beliau dijaga oleh ibunya, Siti Aminah, beliau dijaga oleh ibu susuannya bernama Halimah Sa’diah di sebuah kampung. Tidak lama selepas itu, ibu beliau pula meninggal dunia. Proses ini mengajar Nabi Muhammad menjadi insan yang cepat matang dan mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Sejak zaman kanak-kanaknya, beliau mula berniaga di sebuah negeri bernama Kota Syam. Beliau juga diberi tugas menggembala kambing. Di sinilah bermula proses Nabi Muhammad mula mempelajari erti tanggungjawab dan didedahkan dengan kemahiran memimpin. Malah sewaktu di kampungnya iaitu Kota Mekah, beliau sering menjadi tempat menyimpan barangan berharga kerana sifat amanah beliau.

Ketika dilantik menjadi pesuruh Tuhan, beliau sudah banyak belajar dan bersedia memimpin manusia. Namun, beliau tidak pernah berhenti dalam proses pembentukan daya pengaruh sebagai pemimpin manusia. Pelbagai cabaran dihadapinya seperti menghadapi tentangan daripada bapa saudaranya sendiri, menghadapi ancaman bunuh, dipenjara dan dihalau dari kampung halaman terutama sekali ketika menjayakan misi hijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang diingati sebagai permulaan kepada kegemilangan empayar Islam yang dikenang sehingga hari ini walaupun sudah lebih 1430 tahun. Semua itu adalah proses. Proses yang menjadikan beliau seorang individu paling berpengaruh dalam sejarah dunia.

Mula Langkah Demi Langkah

Proses ertinya masa demi masa. Seperti yang saya katakan tadi, tiada kejayaan datang dengan sekelip mata. Mencipta diri berpengaruh memerlukan proses dan dalam proses, kesedaran saudara membuak-buak untuk belajar. Selagi mana saudara konsisten, saudara mampu sampai ke tahap lebih baik dari semasa ke semasa. Tanpa saudara sedar, saudara menjadi pakar dengan gaya saudara tersendiri dalam bidang-bidang yang dipelajari.

Sunday, June 6, 2010

MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel

KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab rejim Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan baru-baru ini.

Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tindakan tersebut terlalu zalim dan di luar norma-norma kemanusiaan sejagat.

"Kejadian ini jelas menunjukkan sikap sebenar dan kerakusan Israel yang tidak pernah mengendahkan serta menghormati undang-undang antarabangsa.

"Sehubungan itu, MBM mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera campur tangan dalam isu ini dengan membuat ketetapan terhadap Israel di peringkat Majlis Keselamatan PBB," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perhimpunan agung tahunan MBM kali ke-59 di sini malam ini.

esyuarat yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri oleh 500 perwakilan daripada 39 badan gabungan.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengajak para belia kembali menghayati Perlembagaan negara selain menguatkan belia dari akar umbi.

Pekara lain yang turut dibincangkan adalah cara menangani isu dan masalah belia dan membina jaringan dengan menjaga hubungan baik di antara belia dengan pihak lain seperti pertubuhan bukan kerjaan (NGO) dan pihak kerajaan.

Saturday, June 5, 2010

Berita Harian Online | 10,000 protes kekejaman Zionis

Berita Harian Online 10,000 protes kekejaman Zionis

ADAKAH ORANG BERJAYA ITU BERNASIB BAIK?

Sering kali kita lihat orang yang mencapai kejayaan, menerima kejayaan demi kejayaan dengan begitu mudah. Bahkan ada dalam kalangan kita mula beranggapan bahawa memang nasib menyebelahi mereka. Adakah orang yang berjaya bernasib baik?
Ada pula yang beranggapan bahawa kejayaan yang diperoleh ialah hasil daripada bakat semula jadi yang dianugerahkan kepada mereka!
Namun begitu, itu semua bukanlah sebab dan faktor utama!
Ini kerana di luar sana, mereka yang mencipta kejayaan demi kejayaan sebenarnya telah melalui pelbagai rintangan, cabaran dan kegagalan sebelum beroleh kejayaan.
Orang hanya melihat kejayaan Francais KFC sebagai sesuatu jenama Ayam Goreng yang gah di serata dunia, tetapi mereka tidak tahu bagaimana pengasasnya Kolonel Sanders terpaksa menerima lebih seribu kali penolakan dalam usaha untuk memasarkan resipi ayam goreng KFCnya!
Orang hanya melihat kejayaan Bill Gates yang pernah menjadi manusia paling kaya di dunia menguasai pasaran perisian komputer di dunia tetapi mereka tidak pernah tahu bagaimana Bill Gates dan rakan-rakannya melalui pelbagai rintangan dan kegagalan awal dalam usaha menguasai pasaran perisian sebagaimana hari ini.
Ramai yang mengharapkan cubaan pertama sebagai asas kejayaan, malangnya yang pertama itu biasanya sesuatu yang paling teruk…bahkan yang kedua , ketiga dan seterusnya pun mungkin mengalami masalah yang sama…
Sekiranya anda tahu anda tidak akan gagal maka anda akan terus berusaha untuk mencapainya…hingga BERJAYA.
Jadi apakah rahsia kejayaan mereka? Salah satunya yang paling utama - mereka tidak pernah BERPUTUS ASA! Berputus asa boleh menyebabkan anda akan mati - mati semangat, mati usaha, mati segala-galanya sebelum anda benar-benar mati!
Lihat orang yang berjaya. Mereka tidak terus menikmati kejayaan, sebaliknya mereka mengharungi kegagalan demi kegagalan dengan tabah sambil mempelajari sesuatu daripadanya…
Jadi saranan saya jika anda ingin berjaya dalam apa-apa bidang yang anda ceburi, ingat saranan saya ini,
“ANDA TIDAK BOLEH BERPUTUS ASA!”

Sunday, May 9, 2010

Pertandingan Mewarna "WARNA-WARNA 1 MALAYSIA"

Pada 2 Mei 2010 yang lalu bertempat di Kluang Mall telah diadakan Pertandingan Mewarna "WARNA-WARNA 1 MALAYSIA".

Pertandingan ini merupakan anjuran Kelab Belia Kesnik bersama-sama dengan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kluang, Utusan Malaysia dan SK Perempuan Bandar.

Pertandingan ini telah disertai oleh 500 orang kanak-kanak sekitar daerah Kluang

Pertandingan ini juga diserikan lagi dengan acara 'chiken dance' dan cabutan bertuah.











Monday, March 8, 2010

KESNIK KINI DI FACEBOOK!!!


KERANA INGIN LEBIH MENDEKATI REMAJA DAN BELIA HARI INI...
KESNIK MENGUNAKAN SEMUA MEDIUM ELEKTRONIK YANG ADA...
DAN KINI KESNIK DI FACEBOOK....
JANGAN LUPA ADD YEEE....

Tuesday, March 2, 2010

1001 KASIH

1001 KASIH MERUPAKAN PROGRAM TERBARU YANG DIJALANKAN OLEH KESNIK,
MELALUI PROGRAM INI KESNIK MENYELUSURI DAERAH KLUANG MENCARI GOLONGAN YANG MEMERLUKAN,
PADA KALI INI KESNIK BERSAMA-SAMA DENGAN LK7 MARKETING DAN JUGA KLUANG SUPER BIKE CLUB MENJAYAKAN MISI KEMANUSIAAN INI.
BANTUAN DIHULURKAN KEPADA KAK ROZIAH YANG MERUPAKAN IBU TUNGGAL YANG TINGGAL BERSAM 4 ORANG ANAK YANG MASIH BERSEKOLAH DAN JUGA BAPANYA YANG BERUSIA 80 TAHUN. PABILA SAMPAI DI TERATAK USANG BELIAU HATI KAMI DIRUNTUN DENGAN KESUSAHAN YANG DILALUI BELIAU DAN ANAK-ANAK.

1001malam 2010

PADA 27-28 FEBRUARI 2010 PROGRAM 1001 MALAM TELAH BERLANGSUNG DI DEWAN KAMPUNG TENGAH KLUANG. PROGRAM INI MERUPAKAN ANJURAN BELIA 4B DAERAH KLUANG. PESERTA YANG HADIR SERAMAI 27 ORANG MERUPAKAN REMAJA DARIPADA SEKITAR DAERAH KLUANG. KEHADIRAN PESERTA DIBAWAH PENGURUSAN GERAKAN BELIA 4B DAERAH KLUANG.


Saturday, February 20, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN

perlawanan persahabatan antara team penjara simpang renggam dan tean kesnik tealh diadakan di padang kem 4 melayu jalan mersing... setelah berhempas pulas sehingga keluar semua peluh-peluh akhirnya kemenangan berpihak kepada kesnik...

Thursday, January 14, 2010

XPDC JELAJAH JOHOR PDRM BERSAMA JOHOR BIKERS

SEBANYAK 150 BUAH MOTOSIKAL BESAR UNIT TRAFIK BERSAMA-SAMA DENGAN AHLI JOHOR BIKERS BERKONVOI SELAMA 2 HARI BERMULA 16 JANUARI HINGGA 17 JANUARI.
KONVOI BERMULA DI JOHOR BAHRU DAN SINGGAH DI BEBERAPA BUAH DAERAH DI SELURUH JOHOR ANTARANYA KOTA TINGGI,KLUANG, SEGAMAT, MUAR, BATU PAHAT DAN PONTIAN.



INI MERUPAKAN PROGRAM MESRA RAKYAT ANTARA PDRM DAN JOHOR BIKERS, ANTARA MATLAMAT PROGRAM INI ADALAH UNTUK MENDEKATKAN UNIT PDRM DENGAN RAKYAT LEBIH-LEBIH LAGI DENGAN AKTIVITI SUKAN RAKYAT YANG DIANJURKAN.



DISAMPING ITU KONVOI INI JUGA BERMATLAMAT UNTUK MENYEMAI SIFAT MENGHORMATI UNDANG-UNDANG JALAN RAYA DI KALANGAN ORANG RAMAI.
MELALUI KONVOI INI JUGA JOHOR BIKERS MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUTIP SUMBANGAN ORANG RAMAI UNTUK MENGISI TABUNG "DAKU SAYANG DAKU CINTA" IAITU TABUNG UNTUK MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG.





PADA HARI PERTAMA KONVOI SINGGAH DI FELDA AIR HITAM UNTUK MAKAN TENGAH HARI. SAMBUTAN MERUPAKAN USAHASAMA ANTARA KELAB BELIA KESNIK, KELAB DESPERADO, KELAB EASY BIKERS JOHOR BIKERS, BELIA 4B FELDA AIR HITAM DAN BELIA 4B SIMPANG RENGGAM. MAJLIS DISERIKAN DENGAN PERMAIN BOLING KELAPA DAN TEKA GULA-GULA.





DIHARAPKAN PROGRAM PEMBUKA TIRAI 2010 INI DAPAT DITERUSKAN DI MASA HADAPAN. DAN JUTAAN UCAPAN TERIMA KASIH DIBERIKAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG.